Kursus Asas Keusahawanan
4 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 3 Mac 2016, Pusat Internet Kg Telaga Air telah mengadakan Kursus Asas Keusahawanan bertempat di Pusat Internet Kampung Telaga Air. Kursus ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 4.45 petang dan telah disertai oleh 7 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar, yang berusia 18 tahun keatas. Kursus ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengesahkan idea perniagaan, untuk membangunkan pemahaman penuh sebelum memulakan dan menjalankan sesuatu perniagaan dan mempelajari kaedah pemasaran yang sesuai.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Membantu peserta menjana idea perniagaan.
- Membangunkan pemahaman penuh peserta untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.
- Membantu para peserta untuk mengenalpasti kaedah menjalankan dan memasarkan sesebuah perniagaan.
- Merapat lagi hubungan PI dengan peserta keusahawanan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Mendefinisikan Keusahawanan
- Menjana Idea Perniagaan
- Mengenal pasti Peluang Perniagaan
- Membangun perniagaan
- Operasi perniagaan
- Teori pemasaran
- Sesi soal jawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: